Saturday, February 20, 2010

STRUKTUR EKONOMI NEGARA


SPM 1994
1. Soalan 6 (a)
Pergantungan ekonomi Malaysia kepada sektor utama menimbulkan banyak masalah.
Terangkan masalah-masalah itu. ( 15 M )
2. Soalan 5 (a)
i.Bagaimanakah kerajaan menampung kekurangan perbelanjaannya?
ii. Mengapakah hutang negara penting kepada ekonomi negara? ( 11 M )
SPM 1995
3. Soalan 5 (a)
Jadual Peratus Sumbangan Kasar Mengikut Sektor Ekonomi Malaysia antara tahun 1970 hingga 1992.

Sektor
1970
1980
1990
1992
Pertanian
56.2
40.8
19.6
15.5
Perlombongan
23.5
32.7
117.8
12.0
Perkilangan
11.9
22.4
58.8
68.5
Lain-lain
8.4
4.1
3.8
4.0
Jumlah
100.0
100.0
100.0
100.0

Berdasarkan jadual,
Lukiskan graf yang menunujukkan arah aliran peratus sumbangan eksport kasar bagi sektor pertanian, perlombongan dan perkilangan antara tahun 1970 hingga 1992 (gunakan paksi mendatar untuk tahun dan paksi menegak untuk sumbangan tiga sektor berkenaan) ( 7 M )
4. Soalan 5 (b)
Mengapakah arah aliran eksport kasar pertanian, perlombongan dan perkilangan berbentuk demikian. ( 18 M )
SPM 1996
5. Soalan 4 (a)
“Struktur ekonomi negara kini mengalami beberapa perubahan daripada sektor utama kepada sektor perindustrian.”
i. Mengapakah perubahan tersebut perlu dalam struktur ekonomi negara? ( 8 M )
ii.Terangkan strategi yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan peranan sektor perindustrian. ( 7 M )

Thursday, January 28, 2010

Wang & Bank

Dialog dari gambar di atas.

Hairul : " Ini berita baik. Kadar faedah dah diturunkan. Banyak manfaatnya untuk kita. Betul tak ?

Leman : "Kenapa pulak? Bila kadar faedah rendah banyak masalah akan timbul. Engkau mana tahu. aku kurang setuju dengan tindakan tersebut.

Intan : "Tapi Leman, apa yang dikatakan oleh Hairul itu memang ada kebenarannya. Saya dapat bayangkan banyak kesan positif akan dinikmati oleh masyarakat.

SPM 2000

Berdasarkan dialog di atas,
(i) Mengapakah Leman tidak setuju apabila kadar faedah diturunkan? [3m]

Leman tidak setuju apabila kadar faedah diturunkan kerana ianya akan menyebabkan pulangan/pendapatan pendeposit juga rendah.

Penawaran wang akan bertambah melalui aktiviti pinjaman.

Kadar inflasi akan meningkat berikutan dari pertambahan bekalan wang kesan dari kadar faedah yang rendah.

(ii) Jelaskan maksud Intan apabila berkata banyak kesan positif yang akan dinikmati oleh masyarakat. [8m]

Kesan positif bila kadar faedah rendah :

- aktiviti perniagaan dan pelaburan meningkat keran kos pinjaman jatuh
- peluang pekerjaan bertambah akibat bertambahnya aktiviti perniagaan dan pelaburan. Dapat mengatasi masalah kemelesetan ekonomi.
- Pelaburan asing dan perniagaan eksport juga meningkat kerana kos pembiayaan atau pinjaman rendah.
- Meningkatkan hasil cukai kerajaan menerusi aktiviti perniagaan dan pertambahan pendapatan masyarakat akibat kadar faedah rendah

15. Soalan 4 (b)

Bank pusat adalah jurubank kepada kerajaan.

Jelaskan bagaimana bank pusat melaksanakan fungsi tersebut. ( 8 M )


Monday, January 25, 2010

Wang & Bank 1

1. Apakah faedah-faedah yang diperolehi oleh individu yang menjadi pelanggan kepada
bank perdagangan? (12 markah)

Rangka jawapan :

- Menyimpan wang
- Membuat pinjaman
- Menjadikan bank sebagai agen untuk membuat bayaran dan menerima bayaran
- Draf bank
- Kemudahan kad ATM/Kad Kredit


2. Keengganan bank perdagangan memberi pinjaman kepada sektor berdaya maju akan
menjejaskan pemulihan ekonomi semasa kegawatan ekonomi.

Terangkan. (13 markah)

Rangka jawapan :

- Kadar pelaburan dalam negara jatuh
- Akan meningkatkan kadar pengangguran
- Pertukarab asing dari aktiviti eksport jatuh
- Melemahkan lagi nilai ringgit
- Penawaran wang dalam pasaran merosot
- Meningkatkan lagi tekanan kemelesetan ekonomi.

Sunday, January 24, 2010

Dalam Proses Pembinaan

Assalamualaikum wbrt. kepada semua pelajar yang mengunjungi blog ini, cikgu harap bersabar kerana ckg sedang usahakan untuk mengkategorikan bahagian-bahagian ; nota, soalan kertas 2 bersama skema dan juga kertas 1 bersama skema.

InsyaAllah jika diizinkan Tuhan... ianya dapat dilaksanakan sedikit masa lagi.